10 Januari, 2012

dua Weeks di Office...


Hello.....Minggu ni masuk minggu kedua aku di Office baru. Tp aku masih merindui office lama ku di SEGI University College, Kota Damansara. Sangat2 merinduinya.....bukan apa,keadaan di office baru ni sangat2lah tidak seronok sama sekali.bosan gila ni.....tapi apakan daya,atas permintaan orang tuaku untuk aku pulang ke Kota Kinabalu. Aku pun terima seadaanya.....
Minggu ke dua disni sama seperti minggu pertamaku. Xda apa perubahan, bosan gila ni. Lagi2 staff yang kurang friendly,maksudku kurang friendly mcm mmber2 di SEGI Unviersity. Minggu pertama suda havoc....tp sni,slow jak. Tau2 jak la kan, 2tahun aku di SEGI. Boleh dikatakan kenal dengan semua department,tp sni dlm department ni pun lom friendly habis....breakfast xda kena bawa kuar, lunch jgn harap laa.......
Apa yang menyedihkan lg,aku kena transfer p keningau....so how???mati2 aku ingat aku based di KK HQ,tp klu staff di office ni pun xfriendly. Bagus p tempat len....tp jauh plak sma family. Bagus aku stay d KL jak klu gtu....ayam betul!!!!! Tp apa ada di Keningau???best ka sna???matilah...kawan pun xda ni disana....apa lg aku mo buat sna...hari2 kerja,sabtu ahad..kompomlah balik kk......huhuhuhuuhh...
WAAAAAAAAAAAAAAAAAA~~~~ rindunya aku life di KL.ada jak benda dibuat lepas waktu kerja....setidaknya,kuar dr rumah.stay2 di Padang Shah Alam.....sni,Bangas eh!!! Xtau mana mo pigi ooooooooo.......cepatlah masa berlalu,xsabar mo kawin ni.....rindu sama syahidah di Shah Alam,ksian dia sorang2 sna. Nda da orang tmnkan dia,aku pun sunyi sebenarnya di kk ni..sbb aku tinggalkan cinta dan jantung aku d Shah Alam. Suasana di Shah Alam sangat2 aku rindukan,even aku suda hmpir 2minggu di KK ni..tp mindaku masih di Shah Alam seolah2 aku d kk hanya outstation atau bercuti.

Ntah la.....berapa lama aku boleh menerima keadaan sebegini. Terima dengan hati terbuka walaupun pahit sebenarnya......2-3bulan aku masih ada perasaan tidak selesa kehidupan sebegini,aku tidak teragak-agak untuk menukar kerja dan kembali ke Shah Alam.....betul...aku xkisah pulang ke Shah Alam...damn!!!!!!!!!!!!

AKU RINDU SHAH ALAM!!!!!!!!!!!!!!!

06 Januari, 2012

Kembara hidup....


Alhdamdulillah,setelah 6thn mengembara dibumi orang,akhirnya aku kembali ke pangkuan keluargaku di kota kinabalu, Sabah. Pelbagai pengalaman manis dan pahit ku alami di sana sebagai seorang yang tabah dan sabar(Kunun)....
Bermula dari 5 disember 2005, aku berangkat ke Kuala Lumpur untuk  bersama keluarga ku yang suda menetap di sana awal dari ku. Bermula dengan kosong,aku perlahan-lahan mempelajari ilmu dan budaya di tempat orang walaupun waktu itu aku bersama keluarga,tp aku tetap kekok dengan keadaan sekeliling.......bosan hidup dirumah yang tidak mendatangkan faedah,aku mencuba nasib untuk berkerja di KFC plaza masalam sementara menunggu keputusan kemasukan ke University kerana aku adalah lepasan STPM pada waktu itu. 3bulan ku menimba pengalaman berkerja. Sekadar untuk mengisi masa lapang dan merasakan wang poket sendiri. Alhamdulillh, gaji bulanan sekitar RM900+ sbln.
Pada bulan Ogos 2006,aku melanjutkan pelajaran ke bidang ijazah sarjana muda pendidikan kaunseling di University Tun Abdul Razak(kini bertukar nama ke UM-Tech) Kelana Jaya. 3thn pengajian di sana,alhamdulillah...aku selesai menamatkan pengajian pada akhir Disember 2009. Apa yang mengembirakan ku adalah,pada akhir semester itu juga berjaya menamatkan semua kursus tanpa mengulanginya(failed) pada semester2 sebelumnya....syukur. ini adalah berkat doa dan sokongan orang tua ku juga....macam-macam pengalaman sewaktu belajar,sempat untuk ku  menyertai persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia(PSSPGM) sehingga cula hijau then.......tiada guru sbb guru tu balik ke penang. Kemudian menyertai Borneo Student Society(BSS). Byk jugak la aktiviti yang aku berjaya jalankan memandangkan aku sewaktu itu sebagai timbalan presiden persatuan seperti Explorace Zoo Negara dan Paintball Tournament di Kajang,Selangor.. Ada jugak aku menyertai Unitra Recreation Club(URAC) untuk aktiviti lasak seperti perkhemahan di morib,Banting Selangor dan Pulau Pangkor,Perak. Kalu masuk Universiti, tidak sah kalau tidak ikut camping....wajib!!!!!....di sinilah aku mengenali sahabat yang aku rapat sehingga kini seperti Aziz,Syukri,Aan,Lina,Kiela,Yuyun dan Syu. Sampai skrg dorg la yg aku rapat di sana. Sahabat sekuliahku seperti Asmady,Syapiq,Shahir dan ramai lagi sangat2 membantu dalam kejayaan ku di bantu oleh lecturer paling best,Pn. Sabariah Siron.....
Tamat pengajian akhir 2009,aku trus apply kerja di merata-rata Kolej dan Universiti memandangkan aku ni dr bidang pendidikan kaunseling.akhirnya aku dapat tawaran di SEGI University College Kota Damansara dan Alhamdulillah,aku berjaya dan diterima bekerja disana. 2thn juga la aku di SEGI tu sebagai Course Counsellor macam pegawai pendaftaran laaa....sebelum student2 mau masuk ke SEGI,kena berjumpa dengan Course Counsellor untuk mendapat maklumat lanjut pengenai yuran,cara pembelajaran, kemudahan dan peluang kerjaya selepas tamat pengajian.Member paling rapat ngan aku masa tu adalah Presad. Dia yang selalu ngan aku la di SEGI.hehehhe.....2thn berkerja di SEGI,hampir seluruh semenanjung kami pusing dari perlis-johor Cuma kelantan jak tidak sempat....

After 6thn tidak balik KK untuk beraya puasa,akhirnya tahun 2011 dapat jua sebab selalunya kami akan balik ke Kuching,Sarawak tiap2 tahun.....dalam raya ni jua la aku dapat offer untuk kerja d SLDB HR department offer dari sahabat lama family, uncle george. Memandangkan uncle George ni jiran,time open house dirumah dia la over kerja...hehehhe...bln 11 adalah trip terakhirku bersama SEGI iaitu ke BALI, Indonesia. Last year kami pergi Ho Chin Menh,Vietnam....belum ada company yang bleh bawa trip untuk staff ke mana-mana negara macam SEGI UC ni aku rasa......akhir 2011,23 disember  berakhirlah perjalananku di SEGI. Terima kasih banyak buat boss, Mr. Adrian yg bykkkkkkkkkk support staff walau dlm keadaan apa sekalipun termasuk sahabat-sahabat di SEGI mcm Presad,Kak Ayu, Yana,Ms. Kong,Stephy dan lain-lain lg laa.......kamurang mmg rockkkkk!!! 
Oh ya,tahun 2011 juga merupakan tahun kebangkitan bola sepak malaysia. So, aku pun menjadi gila setelah men’Join’kan diriku bersama ULTRAS MALAYA. Actually aku suda sedia maklum akan pergerakan ni dari tahun 2008-2009 gtu,tp tidak ambik ‘port’ sangat sebab time tu pun bola Malaysia masih naik turun.....tp bila AFF 2010 tengok rentak MALAYSIA makin menjadi-jadi lagi2 sebelum tu Malaysia menang Emas sukan sea..btambah gila aku dibuatnya...selepas join UM pada perlawanan Malaysia menentang Hong Kong( bleh type Fareedaydrus di Youtube,byk vid aku upload sana). Aku menjadi extreme dalam dunia Ultras,sorang2 aku kenal ngan UM dan akhirnya,aku dan beberapa sahabat lain yang berasal dari sabah juga berjaya menubuhkan NORTH BORNEO ULTRAS(NBU) pada komplot pertama di KLCC dan Debut pertama di Stadium Cheras sempena perlawanan FELDA vs SABAH. Bermula  episod sokongan maut untuk sabah dari penyokongnya,Johor,perak,kedah,selangor,kuala lumpur dan terengganu suda kami sampai. Cuma tinggal sarawak, negeri sembilan,kelantan dan lain-lain belum kami turun.Insya-ALLAH tahun 2012 akan selesai tawananya semua. Hampir semua perlawanan melibatkan Sabah dan Malaysia(HOME) aku turun Cuma ada 2perlawanan yang terlepas disebabkan urusan kerja. Akhir sekali aku bersama UM pada perlawanan Malaysia vs Bahrain. Apa yang aku pelajari dalam budaya sokongan ini,sikap persaudaraan yang menebal didalam setiap komrad Ultras. Tidak kiralah dari negeri mana sekalipun,apabila melibatkan perlawanan negara semua bersatu dan perlawanan negeri bersatu sebelum dan selepas perlawanan kerana uniknya Ultras di Malaysia ini wujud daripada Ultras Malaya dan berkembang menjadi Ultras Negeri-Negeri berbeza dengan Ultras di Negera lain seperti Indonesia,italy dan lain-lain.
Semakin hari,semakin terasa akan keberatan untuk aku meninggalkan Kuala Lumpur kerana 2thn lebih aku bersama buah hatiku disana,SYARIFAH SYAHIDAH BT SYED MOHAMMAD AL-BENYAHYA. Dia sangat mengambil berat tentangku sepanjangku di Kuala Lumpur,dia la pemberi semangat ketika ku ‘Down’,dia la yg mengembirakan ku dikala ku sunyi.......macam-macam pengalaman kami di Shah Alam. Apa pengalamanya,biarlah kami berdua dan yang maha Esa sahaja yang mengetahuinya......
31 Disember 2011,aku berangkat pulang ke Kota Kinabalu untuk memulakan tugas di Sabah Land Development Board (SLDB) pada 3 Januari 2012. Thanks untuk Syahidah yang menemaniku di LCCT untuk yang terakhir pada tahun 2011. Insya-ALLAH kita akan berjumpa lagi kerana aku berjanji akan membawamu ke Kota Kinabalu untuk menemaiku di sini........pasti suatu hari kerana masanya semakin hampir.......