18 Februari, 2010

Rindunya kepada Mu Ya Rasulullah...

Assalammualaikum....hye,apa khbar??aku Alhamdulillah......semuanya Syukur sihat dan baik hendaknya...Hari ni masuk minggu ke 4 aku berkerja...makin hari,makin byk benda yg aku berlajar.....tp blog aku kli ni mau kongsi tentang Majlis Maulid aku hadiri smlm di Masjid Al-Falah USJ9...Subhanallah,ramai yg hadir....smuanya mendapat hidayah dari Allah untuk hadirkan diri ke Majlis yang dikatakan oleh Rasulullah ialah Taman-Taman Syurga.....
Majlis Maulid kali ni menjempur Habib Munzir in Fuad Al-Musawa dari Jakarta Indonesia, seorang yang zuhud hidupnya...byk menyampaikan dakwah secara langsung di tempatnya...rumah ke rumah....kedai ke kedai.....di hargai...dan ada jugak mencaci dakwah beliau.tetapi Habib Munzir Al-Musawa tidak pernah gentar dengan dugaan ini dan menganggapnya sebagai cabaran kecil menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat. Habib Munzir juga merupakan kumpulan pertama keluaran didikan Habib Umar ben Hadifz dr Darul Mustafa Yemen. Institusi yang terkenal melahirkan Ulama-Ulama terkenal dunia.
Habib Munzir menceritakan betapa Kasihnya Allah memberikan kita segala Nikmat dunia ini, di pinjamkan jasad,di pinjamkan nikmat,dipinjamkan bulan,dipinjamkan matahari,dipinjamkan tumbuhan,dipinjamkan pakaian..tanpa bayaran,tanpa sewa dan seumpanya...Sungguh Indah pemberian ALLAH kepada Hambanya......di dalam syair Habib Abdullah Alwi al-Haddad menyatakan "Segala perbuatan Mu Ya Allah sangat Indah ".....dimana perbuatan Allah itu jahat???klu Allah nak turunkan Musibbah itu adalah utk menghentikan kemungkaran dan klu Allah turunkan Rahmat...Allah Cinta kepada Hamba-Nya...Subhanallah.....
Berbalik kepada kisah Rasulullah,pelbagai cerita Habib Munzir kongi mengenai keperibadian Rasulullah.....ketika malam Rasulullah di lahirkan, bintang2 di langit menghampiri rumah ibunya Baginda seolah-olah menyambut kedatangan kekasih Allah. Setelah Rasulullah di lahirkan, Rasulullah terus sujud kepada Allah..inilah Bukti kebesaran Allah bahawa lahirnya Manusia yang paling dekat pada-Nya......ketika Rasulullah inginkan ibu susuan, Datang seorang wanita menawarkan khidmat menyusukan bayi...tetapi ketika Wanita itu mendukung Baginda yang sedang tidur, Rasulullah bangun dan terus tersenyum....tanpa ragu lagi...wanita itu memeluk erat Rasulullah dan tidak mengenakan sebarang bayaran kerana dia tahu,bahawa bayi yang di dukungnya itu bukan calang-calang bayi..itu lah Halimatul Saadiah....
Semasa Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar berdakwah, Saidina Abu Bakar membawa Rasulullah utk berehat di bawah suatu batu-batu besar...Saidina Abu Bakar membuka kain serbanya utk Rasulullah duduk...kedudian Abu Bakar melihat pengembala kambing melintas kawasan mereka berehat dan menahanya..Abu Bakar ingin membeli susu kambing dan memberikan susu kepada Rasulullah...di perah sendiri susu itu oleh Abu Bakar,menadah di dalam suatu tempat..di jaganya tanpa sedikit habuk pun memasuki susu itu....di tutupnya dan di bawanya kepada Rasulullah utk di minumkan....kemudian, Abu Bakar ke depan,ke belakang, kiri dan kanan...hanya untuk memastikan keselamatan Rasulullah dari musuh....Abu Bakar lebih rela anak panah menembusi tubuhnya dari menembusi tubuh Kekasih Allah itu....Begitulah cintanya seorang Khalifah pertama Islam...
Ketika Perang Badar, satu anak panah besi menembusi pipi Rasulullah.....tetapi Rasulullah tetap tenang..apa yang dilakukanya??? Rasulullah menahan kesakitan itu dan menahan titisan darah baginda dari jatuh ke tanah..sedangkan sahabat2 ketika itu amat runsing kerana pipi Rasulullah ketika itu berlubang dan berdarah...tetapi Rasulullah tetap menahan darah itu jatuh ke tanah....di tanya sahabat "Ya Rasulullah,kenapa engkau menahan darah itu sedangkan pipimu yang perlu di tahankan darah dari mengalir...??"...Rasulullah menjawab " Seandainya setitis darah ini jatuh ke Tanah, Allah akan turunkan Bala dan Musibbah kepada musuh kita.....tetapi aku sayangkan mereka...Mungkin anak dan cucu mereka akan taat kepada Allah kelak..."....Begitu indahnya sifat peribadi Rasulullah kepada Musuhnya.....
Kisah Abu Jahal ingin mencederakan Rasulullah pula...Suatu Ketika,Abu Jahal mengali lubang di hadapan pintu rumah Rasulullah...ini membolehkan Rasulullah jatuh setelah keluar dari rumah...Abu Jahal memberi salam dan Rasulullah membuka pintu...dengan tidak di jangka...Abu Jahal terjatuh di dalam lubang yang di galinya..sahabat2 abu jahal lari menyelamatkan diri...tetapi apa yang di lakukan Rasulullah???....Baginda membantu Abu Jahal untuk keluar dari lubang itu.....Itulah keperbadian Rasulullah walaupun dengan orang yang membencinya....
Semasa Rasulullah berhijrah ke Madinah, Masyarakat Ansar menanti kehadiran Rasulullah....seorang yahudi ketika itu sedang menjolok pokok kurma melihat akan dua org menaiki unta dan beberapa lagi mengekori mereka....apa yang di hairankan yahudi itu, Awan sentiasa melindungi kumpulan itu walhal keadaan sangat panas pada masa itu.....kemudian berkata yahudi itu.."mungkin inilah org yang kamu nanti-nantikan..."......bersoraklah penduduk madinah ketika itu kerana tibanya Rasulullah ke bumi Madinah.....pelbagai hadiah diberikan kepada Rasulullah....Tanah,Rumah,Harta dan lain-lain. Seorang ibu mendatangi Rasulullah dan berkata "...Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai harta untuk ku berikan kepadamu...tetapi aku mempunyai satu2nya harta iaitu bayi lelaki ku....ambil lah dan jaga la dia seperti anakmu..."...Rasulullah menerimanya dan menjaganya menjadi seorang yang di kenali sehingga kini...itu lah dia ANAS bin Malek.....
Suatu ketika,Rasulullah menghampiri seorang lelaki arab Badwi utk mengajaknya kepada Islam...Lalu lelaki itu berkata,"sekiranya benar tiada tuhan di sembah, dan Engkau adalah pesuruhnya...Buktikan kepada ku.."...Rasulullah berkata," Engkau nampak sebatang pokok yang besar di hujung sna??engkau hampirinya dan katakan padanya....Rasulullah memanggilmu..."... Lelaki itu mendekati dan penyampaikan pesanan kepada Rasulullah itu....dengan kekuasaan Allah..Pokok,akar dan tanah2 pada akar bergerak dan menghampiri Rasulullah..."Assalamualaikum wahai Rasulullah....".....kemudian Rasulullah mengarahkan Pokok itu utk kembali ke tempat asalnya...dan Lelaki itu terus mengucap Syahadah di hadapan Rasulullah...Selain itu,ada juga kisah ketika Rasulullah bersama sahabat di padang pasir,Rasulullah ingin membuang air kecil tetapi tidak mempunyai tempat untuk berlindung untuk membuang air kecil....secara tiba-tiba,pokok2 dan batu2 datang kepada Rasulullah untuk melindunginya daripada kelihatan dari orang lain dan pokok2 serta batu2 itu kembali ke tempat asal mereka....Subhanallah....
Semasa khutbah terkahir Rasulullah, Baginda memanggil seluruh yang mendengar untuk mendekati mimbarnya kerana itulah kali terakhir baginda menyampaikan dakwahnya. dan setelah baginda pulang..di riwayatkan,tidak ada lagi wasiat dan pesanan Rasulullah....bermula la sakit baginda sebelum kewafatanya....pada malam sebelum kewafatanya, Rasulullah meminta isterinya Aisyah R.A utk memimpinnya utk mengambil memandikanya dengan 7 sumur air(oleh itu,jgn cakap mandi 7 perigi itu bida'ah,kerana ia adalah sunnah Rasullah). Rasulullah meminta Aisyah R.A membantunya utk mengambil wudhuk, di riwayatkan....kepala Rasulullah ketika itu di tutupi dengan kain hitam bagi menutup terlalu banyak ubat-ubat utk menahan kesakitan Rasulullah.....ketika di pimpin. Rasulullah jatuh dan pengsan.....separuh malam...Rasulullah bangun dan bertanyakan peda Aisyah R.A," sudakah para jemaah menunaikan solat isyak..?"..jwb Aisyah R.A..."belum ya Rasulullah...mereka menunggumu..."..kemudian Rasulullah meminta Aisyah R.A utk membawanya mengambil Wudhuk....Sekali lg Rasulullah Pengsan...setelah sedar,Baginda bertanya soalan yang sma dan jemaah masih menunggu Rasulullah....kemudian, Rasulullah mengarahkan Saidina Abu Bakar mengimamkan solat kerana Baginda tidak berdaya utk mengimamkan dan berjemaah bersama mereka....setelah tabir di antara rumah Baginda dan Masjid Nabawi di tutup....Saidina Abu Bakar mengimamkan solat....ketika mereka menunaikan solat, Rasulullah membuka sedikit untuk melihat solat mereka.....di riwayatkan, ketika Rasulullah menjenguk...kelihatan cahaya masuk kerana cahaya Rasulullah itu....mereka yang sedang menunaikan solat pantas bersuara " Subhanallah...Subhanallah....Subhanallah..." Rasulullah meminta untuk meneruskan solat...itulah kali terkahir para Sahabat melihat Rasulullah tersenyum......keesokkan harinya,tersebarlah berita kewafatan Rasulullah S.A.W.......
Diceritakan, semasa ajal Rasulullah hampir tiba...Malaikat Jibril berada di sisi Rasulullah...Baginda berkata "..kalau inilah yang akan di tanggung oleh umatku ya ALLAH,engkau kumpulkanlah seluruh kesakitan itu...biar aku yang merasa kesakitanya ini....", Saidina Ali juga berada di sisi Baginda dan mendengar Rasulullah berkata "Umatku....Umatku...Umatku...." Sayangnya Rasulullah kepada kita......Allahu Akbar.....Malaikat Jibril tidak mahu melihat wajah kesakitan Rasulullah itu dan Rasulullah berkata " mengapakah engkau tidak memandang wajahku wahai Jibri....??"...Malaikat Jibril menjawab " Siapakah sanggup melihat wajah mu yang menahan kesakitan Rasulullah.....tidak ada yang sanggup melihat....".....dan...terputuslah Roh dan Jasad Rasulullah S.A.W....
Semasa di Mandikan, berkata Saidina Abu Bakar..."Ya Rasulullah,hidupmu dan wafatmu....engkau tetap berbau wangi sentiasa...".....di riwayatkan juga, Saidina Abu Bakar menangis di Dada jenazah Rasulullah kerana kedihanan yang teramat sangat...Saidina Umar pula Pengsan dengan kewafatan Rasulullah......semasa Jenazah Baginda Muhammad S.A.W selamat di semadikan....bertanya Aisyah R.A kepada sahabat-sahabat baginda..."Siapakah yang meletakkan tanah di atas tubuh Rasulullah utk menyemadikanya....??"...sahabat hanya berdiam dan berkata.."Kami tidak sanggup untuk menimbuskan Rasulullah..kerana kami melihatnya seolah-olah sedang tidur....tetapi Allah S.W.T telah menimbuskan Baginda....Tanah bergerak dengan sendirinya...".......
Inilah sedikit sebanyak cerita yang di kongsikan oleh Habib Munzir Al-Musawa kepada kami,banyak lagi kisah diceritakan kerana terlalu sedih dan tidak dapat menahan air mata akan kasihnya Rasulullah kepada umatnya...Indahnya keperibadian Rasulullah.....
Sepena Bulan Maulidurasul ini..perbanyakkan selawat kepada Baginda kerana kita mestilah memuji akan dirinya,kerana Bagindalah yang menerangi hidup kita ini dengan segala Dakwahnya......

14 Februari, 2010

Assalammualaikum....

Apa cerita skrg aaa???ehehehheee....

aku alhamdulillah..sihat jak...

baru jua kerja kan..dlm 3weeks suda...syukurlah..

Semuanya ok jak..tp a bit penat2 la skit..maklumlah...

mcm2 kena buat kan,tp smuanya ok jak....

erm,now cuti thn baru cina...so,aku d rumah jak...

bosan mo masak..MALAS...mo kuar mkn pun MALAS...

so,tahan jak laa...ermm....

xtau apa lg la mo crita...ni jak laa...

saja2 updatekan news about myself...

daaaaaaa~~~

08 Februari, 2010

1st Bengkel....

Ari ni...
aku p Basic Writing Skills...
kat SEGi University College...
Pening sgt laa....
lampu dia kuning smua.....
dari kul9pg - 5ptg...
ptg2 jer migrain....
bawa motor skuter blk shah alam....
Cool laa jugak...
wakakkakaka.....
daaaaaa~~

07 Februari, 2010

Pak Ali kopitiam....

hye....aku kat pak ali..
tue jer..
daaa...

22 Januari, 2010

Takziah di atas Kemangkatan Sultan Johor

Al-Fatihah

di atas Kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail...

Semoga Roh DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang soleh..amennn~~

AkU dAh DaPaT KeRjA

Alhamdulillah.....syukur pada Mu ya ALLAH kerana memperkenankan Doaku....hehehe.. WOWWWWW!!!!aku sgt2 happy after Segi College Damasara call aku ckp aku kena trima kerja..alhamdulillah,syukur la..so,td pass sign itu ini....hehehhe...thanks jua pada Parents aku yg bg smgt selama ni...mysiblings...abang..akak...najib..hehehe....sma jua sma Syasyahidah...hehehe..thanks babe.....n myfrens jua la...smuanya yg mendoakan aku..tq2...



-SEGI COLLEGE UNIVERSITU KOTA DAMANSARA-


SO,isnin ni...kul9 aku start kerja...25th January 2010...suatu perkara baru dlm hidup ku...Selamat Datang ke Alam pekerjaan...hehehhe.....kena sungguh2 ni..daaaaaaa~~~

20 Januari, 2010

Salam....

Assalammualaikum.....alhamdulillah,Allah lanjutkan Usia ku dan para pembaca blog ku ni....Selawat dan Salam pada Rasul Junjungan Muhammad S.A.W dan para sahabat serta ahli keluarga Baginda....ameennn~~~
hye...mcm??sorry la...tahun baru ni xda lg aku post apa2...maklumlah,mcm mls2 ni...so,now aku d kl suda..balik dr kk ari tu 7hb 1...nek Airbus klu xsilap la tue....alhamdulillah,selamat sampai aku d kl...jd apa la aku buat utk dtg kl...1st day tue adalah bday aku..tp drumah jak...aku urus result aku n p unitar then apply surat utk transcript aku...alhamdulillah smuanya lancar...minggu kedua baru la aku try apply mana2 private college n University around lembah klang...xda satu pun dpt....aiyooo,punya boring d rumah..xda buat apa2.tp ada jua la aku p Majlis Ilmu Habib Umar dr Tarim, Yemen..punya la ramai org..penuh masjid bhaaa....

...last2..aku dpt call dr Segi College utk dtg interview.....skali dpt lg 1 call...tmpat yg sma tp len2 campus....xpa la...so,smlm aku gie la interview tu...hahaha.pg2 punya d damansara ok la....sbb the interviewer tu mcm sangat baik n explain sgt2 bagus about tast yg aku akan buat nanti la....itu pun kli terpilih...skali ptg aku g janji kul3....rupanya org tu dtg dlm 3.45 ptg...aiyyoo,punya la lama tunggu...hehehhehe...tblk dgn panas2 trus tidur...haaha..mlm bgn on9....

esoknya,dlm kul9 ada call...aku dpt tau Segi College d Subang Jaya trima aku..hehehhe,i was like...WOW!!!...okey..fine......dgr potpet2 org tu explain...akhirnya aku trima jak la...tp aku tunggu jak klu d damansara tu pun trima aku ambik d damansara laa..hehehehhe..kan??then ari ni..xda bt apa2..just d rumah..kebosanan...monday baru start keja...so,wish me luck yaa...daaaaaaa!!!!

Salam....